Tuesday, February 5, 2019

Haatyai Day 2.. makan heaven

Day 2 - pagi

‎الحمدالله day 2 started quite late. Malam sebelum macam tak boleh tidur. Mungkin terlalu penat . Lepas Subuh memang tak tidur semula, tp menyulam.. hehe..

Kami keluar hotel jam 8:30 pg. Keluar cari makan. Abah memang dah plan nak makan kat mana.. pagi kami makan Dim Sum. Memang winlah. Semangkuk tu 20 baht~ rm2.60. First serving order,16 bekas. Memang sekali hadaplah. Secoet je.. tak dan nak panas kerusi, dim sum gone! Haha.. mujur Abah ada order nasi kerabu. Nasi kerabu dia ok ok je. Tak boleh banding dgn Nasi kerabu feberet kat Kerteh.

Habis 1st round, order lagi... 19 bekas pulak. Anak2 ni kalau dim sum mmg berantu sikit. Mak abah makan sikit je.. 🤪🤪🤪.,. ( murah sangat kalau banding dengan Doli Dim sum kat mesia.

Order juga, ayam goreng se pinggan, bubur tomyam semangkuk, entah sup ayam semangkuk ( tp tokey htr 2 mangkuk - ingat dpt free tapi kena bayar jugok😅).

Semua boleh dikatakan sedap belaka. ‎الحمدالله atas segala nikmat.

Recommended makan kat sini. Cuma yg tak best sebab payah nak parking. Mujur dekat2 situ ada parking hotel. Kena 100 baht. Yang layan kami pun sangat ramah!

Lepas makan jalan2 sekitar. Tapi kedai banyak tutup mungkin atau mungkin sebab nak raya cina. Memang puaslah berjalan keliling sebab nak cari tudung. Tp tudung tak nampak pun yg best.. huhu

Kira masa jalan2 tu terbakar jugaklah lemak2 yg baru masuk kat badan.. haha



























No comments:

Post a Comment