الحمدالله anak no 2 maklang, angah dah 23 tahun arini. Semoga menjadi anak yg solehah penyejuk hati keluarga!
الحمدالله bangun pagi tadi dah siap sepinggan hidang kuew teow goreng...
Elok lah rajin2 bangun pagi buat breakfast untuk family. Moga menjadi ibadah yang Allah nampak! Tq Chef Nurfaezin Nazarudin!
Happy birthday yg ke 23. Eh dah 23 tahun dah anak mak yg sekali ke2 kali teran dan meluncur keluar 23 tahun lepas, hari Ahad jam 3:53 ptg haha... memang semua nak cepat eh... dan sempena waktu itu atok beli plate kereta no 353! Dan nombor tu dah 23 tahun bersama kita!
Angah kalau tak ada kat rumah mmg rumah macam rumah hantu.. sepi sunyi senyap.. tapi bila Angah ada pasti hantu lari dengar Angah ketawa. Thank you jadi anak yg baik selama hidup ni. Tapi mmg lah ada jugak yg tak baik yg buat mak gerammmmmm je... mujur sekarang pokok cherry depan rumah dah kena tebang, kalau tak nnt kena marah angah lari dok bawah pokok cherry lagi, cerita wan masa angah kecik2 dulu. Tp sekarang mak dah tanam pokok baru depan gate rumah tu, tp kena tunggu pokok tu besar baru seswai angah nak lari and duduk bawah pokok...
Thank you juga selalu jadi penghibur keluarga dengan menjadi pandai dalam banyak dialect. Kedah, penang, kelantan, ganu, thai , cina dan india... eloklah bila nnt dah berjaya jadi chef , bila masak lauk2 dari negeri2 lain, dialect boleh ikut resepi negeri tersebut.
Teruskan jadi anak yang baik, jadi insan yg lebih warak, jadi kakak dan adek yg penyanyang, cucu yg sering membantu wan, anak sedara yg sentiasa menolong aunties and uncles dan yg baik2 belaka.
Mak doakan semoga Angah berjaya di dunia dan akhirat, berjaya mencapai cita2 yg angah idam2kan dan tak lupa solat dan baca quran selalu...
Banyak nak cakap tapi biarlah tersimpan dalam hati mak yg sentiasa doakan utk angah yg mak terpaling sayang no. 2
Happy birthday sayang mak! Love ❤️ ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️!!!!
Kami bawak angah keluar makan malam birthday tu..makan kat sisters di TTDI. Sedap2 makanan dia Alham dua
Kue tiau sepesel ni rm13.90. Mahal!
Mee hongkong ke apa entah pun sedap
No comments:
Post a Comment