Sunday, January 19, 2014

Pow wow dan karipap inti telur



Assalamualaikum


Ngantuk pulak petang2 ni. Entah dah berapa kali menguap. Nak tido lepas2 asar ni mmg tak elokkan. Nabi pon tak suka umatnya tido lepas waktu asar. Boleh mendatangkan penyakit gila nanti. Naudzubillah..


Hari ini maklang rajin sikit. Pagi2 dah bangun buatkan cucur udang as tequesteb by my abang. Angah pulak buatkan adek2 dia olio oglio utk bekalan ke sekolah.. Alhamdulillah ada bantuan dari anakanda. Tak menyupir pagi ini sebab abah yg hantar.. Maka acara masak lunch dapat diteruskan. Cuma ayam masak merah 

Olio oglio angah.. Alhamdulillah menjadi...

Cucur udang mak utk abah

Ayam masak merah utk lunch


Selesai masak, maklang ke kedai beli barang dapur. Kali ini sampai ke Paka.. Tunas manja, pasar paka, singgah artini dan juga pasar kerteh dan last sekali ke lmart. Nak cari daun selasih nak buat green curry konon2nya.. InsyaAllah nnt nak buat bila ada daun kemangi.. Tak dapat2 lagi:(


Lepas lunch terajin... Buat pow wow.. Alhamdulillah jadiklah jugak:) 






Alhamdulillah sangat mudah aje nak buat pau..antara nak dengan tak and rajin ngan malas je...:)

Dan lebihan inti pau, maklang buat karipap. Cik abang kata buat lah yang besar2 and letak telur.. Alhamdulillah siap terhidang buat yang tersayang...


Sekian buat hari ini.. 
Perut dah penoh mata dah ngantuk
Tak boleh nak baring kenalah duduk
Semoga hilang penat dan batuk
Hati ku girang buat dia seronok...


Hehe

Saturday, January 18, 2014

Ke Kuantan

Jam 9:30 pagi kami bertolak ke Kuantan dengan hajat nak melawat Datok.. Sempat singgah beli breakfast nasi kerabu kat kedai Mesra. Anak2 minta nasi kerabu pagi ini.. Mak suka jelaaa tak payah masak:).. As usual cik abang makan bersuaplah bila makan dalam kereta..

Alhamdulillah kami berlima sampai di Kuantan sekitar jam 11:30am. Lama dah tak pergi tengok datok. Alhamdulillah akhirnya hasrat tertunai. Datok sihat cuma sekarang tak banyak bergerak. Baring aje kat kerusi malas dia. Moga Allah pelihara Datok seadanya.. Aminnn


Lepas dari melawat datok, cik abang singgah kat bandar kuantan nak frame gambar tapi malangnya towkey kedai pergi makan. Sementara tu maklang sempat gi beli whipped cream dan gajus kat Bakewell. Angah nak buat cheesecake katanya. Maklang layan aje. Budak2 ni kalau dia nak masak, maklang layan je.. Kalau tak nanti ada aje reasons dia utk tak nak masak... Alhamdulillah setakat ni along and angah dah bolehlah masak sikit2.. Practice  makes perfect org kata...

Ingat nak balik rumah je utk lunch tapi perut i berkeroncong.. So kami singgah makan kat sini yg memang terkenal dengan kesedapan gulai kawahnya.. Alhamdulillah.. Tapi ayam rempah dia.. Mak oi.. Masing!





Kami tiba rumah dalam pukul 4:00ptg. Sampai rumah kemas2 bekas nasi kerabu dan sambung menyulam. Alhamdulillah siap 3 bunga rose utk pouch. Ada lagi 27 kena jahit. Tapi malam ni stop kejap sebab nak habiskan yang ini. Maklang mula lewat malam semalam.. Terserempak dengan ustadzah yg tempah.. Baru teringat nak buat.. Alahai.. Banyak nya nak jahit.. Moga Allah permudahkan.. Rezeki jangan ditolak.. Dapat juga bantu cik abang walau tak banyak mana utk ekonomi rumahtangga kami.. Alhamdulillah...

Oklah sehingga bertemu lagi. InsyaAllah maklang akan updet selalu.. Senang type dalam phone ni walau guna satu jari tapi lebih cepat dr guna laptop:)

Friday, January 17, 2014

Makan kat luar


Assalamualaikum

Malam ni kami makan kat Nando's. Anak2 sibuk nak makan kat sini. Lama dah tak makan kata mereka. Walhal masa kat KL masa maklang gi date ngan kakak2 masa belajar dulu, maklang bawa balik utk mereka. Kat sini mahal. Sekali sekala bolehlah.. Kalau selalu rebeh gak poket. Nak2 tgh2 bulan macam ni.. 


Kalau ikutkan maklang malas nak kluar makan. Tapi karang ada yang moncong sbb mak tak nak pegi. Malas sangat nak bersiap. Keluar pukul 8:30, pukul 9:30 belom lagi dapat makan. Tu yang malas nak kluar. Kalau kat rumah kejap dah selesai. Boleh sambung keje.. Dahlah hari ini tak banyak yang maklang accomplish.. Huhu

Abah order je..anak2 nak pergi popular lah..nak pergi mana entah lagi..

Mek ni konon rajin baca buku yg dia baru beli..



Nak gak selfie ngan cik abang... Mak oi.. 5 dagu I

Bujang yang nak sangat makan kat sini

Peace.. Sengih2 bila Abah kata boleh nak makan kat nandos:)


Berebut sebab semua dah lapar!

Masa pinggan kosong...sudu dah tersusun..

2 chicken...mmg sedaplaa cuma poket demam huhu



Angah punya

Dah Angah punya jugak..

10 lebih baru tiba rumah...kena sambung keje nak bayar yg terkoyak tadi..moga Allah permudahkan.. Aminnn

Maulidul Rasul SMKRP

Assalamualaikum

Tak sempat maklang nak updet semalam dek kemengantukan teramat.. Pukul 9:45pm dah byebye.. Angah sampai kata... Mak pergi tidolah mak.. Mata mak dah merah tu.. Maklang pun simpan2 jahitan ( more to like campak je huhu), buka selimut and angah yg tutup lampu semua.. I was too mengantuk lepas telan ubat batuk.. Hajat nak siapkan sikit lagi sulaman pun tak kesampaian..


Pagi semalam dalam pukul 9 gitu maklang and angah pergi ke SMKRP. Ada acara sambutan Maulid Nabi. Budak2 sekolah berarak keliling padang bola, kemudian melalui SKRP. Nasib baiklah tak ikut berarak ( terlambat sebenarnya hehe) kalau tak? mmg tergolek dog macam Maya dan Hakim ptg semalam.. Lepas berarak tu ada makan2... Ada nasi minyak prepared by one of the teachers... Boleh tahan .. Sedap jugak:).. Alhamdulillah..


Maya rumah biru

Hakim rumah merah



Maklang pakai baju kaler kelabu or else ada yg hot sebab mak tak pakai baju ikut kaler rumah dia...so, tak payah pakai kaler rumah mereka.. Adil laaa

Kemudian ada persembahan dari madrasah dr Kemaman pimpinan Ustad Khairul.. Budak cute belah depan kiri tu rupa2nya anak Dr gigi di Kemaman.. Suara dia sedap.. Umur dia 12 tahun.

Selesai persembahan qasidah, kumpulan anak2 madrasah di jamu dengan nasi minyak...

Sementara itu, murid2 yg mendapat jawatan di sekolah diminta tunggu di audi untuk raptai perlantikan watikah yg akan diadakan Ahad ini. Alhamdulillah Maya jadi pengawas dan Hakim jadi ketua kelas tahun ini. Moga dapat menjalankan tugas dengan sempurna , InsyaAllah



Dan pagi ini, lepas ke pasar tani, maklang buat mee goreng. Lebih menjimatkan.. Kalau beli brekfas mau jadi RM20.. Memandangkan semua bahan naik harga kenalah berjimat cermat. Nak beli ikan merah dan udang RM 30/kg.. Terkedu kejap. Amek ikan merah 1/2 ekor bhgb kepala RM42! Tak jadi beli. Mggu ni pon puasa udanglah. Pergi gerai lain ikan merah rrm28/kg, dpt seekor yg kecik sikit RM28 kot tadi.. Bolehlah di supkan besok InsyaAllah..

Selamat berhari jumaat yang mulia..moga Allah berkati Jumaat kita.. Aminn

Jom berselawat.. Allahhuassoli'ala Muhammah wa'ala 'ali Muhammad..

Wednesday, January 15, 2014

Goodbye Sha

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Hari ini hampir berakhir...Dalam kepala fikir nak tidur aje...Letih and ngantuk sebab makan ubat batuk. Patut malam tadi Antibiotik dah dihabiskan coursenya tapi malangnya ubat tu hilang:(


Pagi2 tadi lepas hantar Maya and Hakim ke sekolah, maklang terus duduk kat mesin jahit. Cadang2 nak siapkan sebiji 2 buah beg utk di poskan. Tapi dapat pulak call yang ada kawan meninggal. Maka terbantutlah perancangan maklang....Pergi melawat kejap dan kemudian terus ke surau sebab hari ini ada acara Maulid. Masa maklang sampai dah separuh jalan kot ustadz berceramah. Duduk pun kat tempat tertutup jadi tak nampaklah muka ustadz. Ustadz selalu berceramah mengenai kisah rumahtangga. bagaimana suami mesti sayangkan isteri, bukan utk dijadikan sebagai hamba atau tempat melepaskan nafsu tapi sebagai isteri yang wajib dihargai kerana telah bersusah payah meninggalkan keluarga tercinta kerana mengikut suami. Bersusah payah melahirkan zuriat utk suami dan sebagainya. Memang ustadz Mad kelakar, tapi dalam pada itu apa yang dia cakap memang tepat mengena dengan kehidupan seharian kita...Alhamdulillah..

Lepas kuliah biasalah ada makan kalau ada majlis ni. Sedap nasi lemak yang dihidangkan..Alhamdlillah...

Dari situ maklang ikut geng2 maklang pi melawat ustadzah Noriah yang tak berapa sihat. Dia ustadzah yang bawak grup usrah di Kg. Baru yang maklang baru join tu...


Sampai rumah dah about 1:00pm kot. Terkam mesin jahit semula nak siap kan beg. Alhamdulillah siaplah beg. Masa otw balik terpikir nak kasi apalah kat kawan maklang Sha yang nak berpindah ke Abu Dhabi. Nasib baik ada sulaman yg belum berpunya..


Harap sha suka..

Sebelum beg ini ada 1 lg beg maklang dpt siapkan ;)..alhamdulillah!





Ptg maklang pergi dating ngan geng usrah utk jamuan farewell sha.. Moga Sha bahagia bersama suami dan anak2 di sana 





Sampai berjumpa lg...




Tuesday, January 14, 2014

Macam2 keje rumah

Assalamualaikum


Hari ini tak banyak yang maklang buat.  Angah volunteered nak buat brekfas. English brekfas katanya...Alhamdulillah..tak snap gambar pun... heheh


Lepas tu maklang masaklah kat dapur. Kekok pulak. Bukan apa...sebab barang2 masih belum semuanya kat tempat dia balik. Sudip masih dalam main house..so macam terkejar2 pulak masak kat situ. Jakun jugak sebab lama tak masak kat dapur ada hood sebabnya dulu memang terbuka luas dapur luar tu. Yang menyebabkan nak tutup dapur belakang tu ialah masa bulan puasa yang lepas ada orang masuk kat situ. Almari belakang di buka dan malam tu, masa kakak ke bibik nak ambil salad kat fridge belakang, nampak ada mask dan juga nampak tuala tergantung kat pagar belakang. Takut pulak...Pujuk2 Cik Abang minta izin dia nak tutup dapur belakang ..tambahan sekarang ni kat Kerteh mmg banyak kena pecah rumah. Seriau pulak dibuatnya.Moga Allah lindungi keluarga dan harta benda kami dan juga semua warga Kerteh...Amin..


Lepas lunch , maklang layan riben2 maklang yang bersepah. Lemari buat simpan riben ada yang melendot. Beli kat IKEA tak sampai 2 tahun kot...dah rosak dah. So tadi Hakim and Angah bertukanglah..pakai duct tape, balut2 biar laci dia tak melendot. So. Alhamdulillah dapat dah simpan semua riben dalam laci2..kemas lah sikit. Angah pun dok siapkan bahan2 utk kelas hari Isnin, InsyaAllah...



Si angah, maya dan Hakim bertukang bukak katil 2 tingkat...tak ada yang nak tidur tingkat atas, buat kompol habuk je...so katil belah atas dah jadi cam daybed kat bilik TV/ bilik jahit maklang. Besok nampaknya Angah akan sibuk mengemas bilik dia..InsyaAllah , lepas siap jahit beberapa bijik beg nanti maklang pun nak spring clean lemari maklang...Mabuk tengok banyak sangat baju2...Moga Allah permudahkanlah...Aminn


Cik Abang ngan Hakim dah ke masjid ..Alhamdulillah anak bujang mak, bila suruh ikut Abah, dia menurut. Moga Hakim nanti dah besar rajin2 lah ke masjid..doakan mak dan abah ye...


Salam Maulidurrasul...



Monday, January 13, 2014

Farewell lagi..dan dapur lama yang baru...




Assalamualaikum..


Malam tadi tidur lewat. Jadi burung hantu kejap. Dah mula lambat...maka terpaksa bercekang mata nak siapkan keje, Mula menyulam dalam jam 10 malam kot...or maybe 11...ha...rasakan. Sebenarnya terpikir nak kasi kak yus beg pun dah lewat petang. Mula macam malas je, tapi tak pelah...entah bila pulak ketemu. Moga hadiah beg maklang tu, kak Yus akan bawa pi solat ke pi surau ke..ada jugak pahala maklang nanti InsyaAllah. Maka berjagalah saya sehingga 1:30 pg kot..sambil2 tengok cerekarama and cerita kisah Muhammad di TV3..so layan....:) Alhamdulillah...selesai keje sekerat jalan!:)

 

Pagi2 angah dah buat bekfas utk adek2 dia and mak buat utk abah cucur sotong berkentang. Sambil2 buat sambal bilis, buat juga sos lemon chicken dan kemudian terajin pulak buat muffin. Tengok kat buku baru beli kat BBW.
Bekal adek2


Ada tauhu fantasia tp gambar cucur ilek:)

Muffin peanut butter and choc chip. First trial ikut recipe dari buku BBW:).. Sedap jugak rasa dia.. Alhamdulillah!


Sempat buat sekuali sambal
Kacang ikan bilis recipe arwah MIL. Lama dah abang mengidam.. Alhamdulillah tertunai sudah hajat dia:)

Selesai dapur, sambung RE semalam. Menggigil jugaklaa nak siapkan. Alhamdulillah by 3pm siap jahit siap paint.


Ini b4 dipaint

Ni lepas dah paint.. Harap2 kak yus suka:)

*+++

Petang maklang and angah pergi umah aunty yus tumpang Ida. Angah dikemput sbb anak kak yus kawan sekelas angah. Pukol 4 jugaklah tiba .. Dah selesai org baca doa selamat:)

Biasalah sempat bergambar..
Bersama2 guru2 smkrp dan Elly:)

Balik dari sana.. Rasa best sebab akhirnya dapur luar dah siap berdinding.. Lepas hampir 3 bulan memasak kat dalam..:).. Ni pon tak abis kemas 

Masih berkecah lagi..


Ok setakat in dulu.. InsyaAllah jumpa
Lagi..;)