Tuesday, April 3, 2018

Mie Ayam dan pouch

Alhamdulillah hari ini ok lah..

Pagi2 lepas selesai apa yang patut, duduk mengadap mesin...siaplah sebiji lagi. Maka selesailah tempahan mbak yanti. nnt InsyaAllah boleh letak kat sini...payah juga tak biasa dengan laptop orang. Sendiri punya dah order tapi credit kad tendang sebab tak boleh tanggung banyak2..

As usual ke kelas arab. Lambat  macam biasa.  Ayat Abbasaa Ayat Makkiah. Kisah mengenai Nabi saw yang berpaling bila Abdullah bin Ummi Maktum yg buta... baru habis 5 ayat kot lepas tu dah habis kelas...

Balik kelas singgah kat sekolah jumpa cg Jan utk diskus pasal tiket dan juga duit dapat berapa...semoga Allah permudahkan...

Then singgah di gerai Elly, makan mie ayam..sedapppp. Dhirah dan Hakim pun singgah otw balik dari Kemaman. Sebelum tu mereka ke Dr Raj, utk nak cek telinga Hakim. Dr kata ada infection kat telinga, asalnya dari usus(?)




Elly Salman, tokei bakso, mie ayam, ayam penyet, tahu bunting dan macama2 lah..


Woooitt Along, menjeling3 je bila makan!

Jom posing se...Gerai Elly terletak depan Rantau Catering.  Semoga Sukses my dear friend!

Sedap mie ayam ni! Semangkuk Rm7 sahaja

Petang tadi , Alhamdulillah dapat siapkan almost 2 pouches.



Alhamdulillah ramai yang menderma. My cousin gave 1k, Ji 3K, Neza 100 

Yang paling best tadi orang MekDi telpon kata nak bagi 300 bj burger dan air! Allahuakbar...sesungguhnya KAU telah permudahkan usaha kami! Alhamdulillah

Yg sedih malam ni kereta Angah kong kat KDU. Yang sedih jg arini ada orang komplen pasal keje i..huhu

Alhamdulillah Abah mula nak makan semula. Dah minta tolong kawan poskam serunding daging dari KB! Semoga mak abah sihat selalu di dalam rahmat dan kasih sayang Allah!

Lemau

Assalamualaikum..

Kelemauan hari ini.. tergolek2 atas katil sambil melayan WA tentang malam amal. Kadang rasa macam banyak meja terjual, kadang rasa macam belum habis 20 meja pun yang terjual. Kadang pemimg kepala bila minta info dari group dan orang baca je tapi tak nak menjawab soalan.. Susah juga.. Memang susah kalau nak buat kerja amal kot.  Kena ingat dan semat dala hati bahawa Allah sedang menguji kesabaran kita...huhu...

As usual lambat ke kelas...sokmo lambat. 

Hakim tak kesekolah hari ini. Kepala pening dan telinga dia sakit lagi. Kesian dia. Sejak last wiken dia dah tak berapa sedap badan ..Semoga Allah beri kesembuhan...

Alhamdulillah pagi semalam dapat jahit 2 biji pouches. tu pun buat dalam kelam kabut. 

Balik dari kelas semalam dah dekat pukul 12 kot...

Lepas makan dan solat mata as usuallah ngantok je...

Petang cg mi datang pulang kunci. 4:10 ida datang nak ambik den utk ke sekolah tengok Pelajar prektis menari. Ada yg pandai ada yang keras kejung tak ada seni. Tp takpa teruskan berlatih. Semoga pada hari kejadian akan jadi sempurna Ins sya Allh

Sunday, April 1, 2018

The Come Back

Assalamualaikum!


Doakan maklang istiqomah!
Berangan sangat nak menulis macam dulu! Sebenarnya sudah mula menulis sejak pertengahan mac 2018. tapi di Wordpress. Maklang tak rasa seronok menulis di wordpress.  Macam banyak je nak kena belajar. Kekok juga guna wordpress, ni pun tak tahu camana ni...guna laptop  Hakim. Laptop sendiri dah kiok so terpaksalah meminjam orang punya. Ni pun tuan dia tengah tuition, tu mak dia kebas kejap.


Maklang terpanggil nak update blog sebab rasa blog lebih tersusun. Kalau FB macam serabut sikit atau maklang yang tak pandai haha...tak pelah..

Alhamdulillah hari inilah maklang InsyaAllah nak sambung balik. Buat sendiri dan anak2 yang kadang2 suka membaca kisah kehidupan keluarga kami. Sekarang anak2 dah besar2 jadi mereka punya kehidupan sendiri. Sekarang cuma Hakim dan Kaklong je yang ada di sini. Angah dan Maya belajar jauh dari Mak. Mak doakan berjaya dengan cemerlang.. Amin


Hari ini dah 1.4.2018.

Cepat dah masuk bulan 4. Bulan Rejab pun dah nak abis...Tak lama lagi syaaban them Ramadhan..

As usual kalau pagi Ahad lepas hantar Hakim ke sekolah, maklang akan makan di luar bersama Cik Abang. Hari ini Cik Abang nak makan nasi kerabu. 1 tempat je yang dia suka iaitu di Warung Hentian Mesra. Memang paling sedap setakat ini. 1 lagi kalau kat pasar tani hari Jumaat, adek pada Arwah Sabariah ..



Biasa  kalau makan nasi kerabu mesti nak tambah. tadi paklang ambik sepinggan extra utk tambah...Tak sangka masa kami sedang mengenjoy food ada orang yang perhati kami. Bila cik abang pergi bayar, cik adek duduk balas2 wasap hehe.

Tiba2 lalu sepasang makcik pakcik.. mereka duduk belakang saya dan menghadap cik abang. Sah2 dia nampak kami makan menambah.. huhu
Pakcik kata.. sedap tengok awak ber2 makan ...
Hehe... macam termalu pulak ..
Lps tu dia cakap.. pakcik masa muda dulu pun makan sedap.. le ni dah payah dah selera .. (lebihkurang gitulah bunyinya)
Isteri dia pulak sambung.. kita dah hala ke bawah dah ( sambil buat tangan macam roket nak menjunam)..
Iyelah.. abah saya pun tak selera nak makan pakcik..sy sambung
Ye tak pe.. anak masih muda ... ( muda dari pakcik je tp pada hakikatnya dah tua huhu)
Secebis sketsa di pagi hari..
Alhamdulillah Allah masih bagi selera lagi!
#skrip pakcik makcik lbhkurang gitulah..


Balik dari breakfast sempat gunting2 kain. Nak jait entah bila. Abang dan klong pergi servis cicik. Mak tinggal kat rumah. Alhamdulillah siap jugaklah sejambak tulip.

Buat mbak yanti. Alhamdulillah siap dah sulam dia punya ke3-3nya. Alhamdulillah siap jugak lagi 3 simple roses yang orang tempah. Semoga Allah beri kerajinan utk menyiapkan semuanya menjadi pouch besok!

About 12:30 turun ke dapur buat ikan magga tapi arini sos cam tak ngam. Terpaksa ambik sos lama dan Alhamdulillah..habis 2 ekor kena telan!

Lepas lunch biasa biasalah layu2an terus terlelap kat kerusi. Akhirnya about 3:30 terbangun dah terus menjahit. Alhamdulillah.

Malam bibik buat sup bayam dan paru goreng. Sedap jugak. Alhamdulillah

Mak nak lelap dah ni .



Friday, December 29, 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

2017 sudah hampir melabuhkan tirainya..


Macam biasa setiap akhir tahun, masa cuti sekolah kami akan menghabiskan masa cuti bdi kuala Lumpur. Dan biasanya masa ni lah memgumpul lemak yg banyak.. huhu.. tahun ini sangat berjaya sebab ber kg kg lah penambahannya.. 

bye 2017!

Saturday, December 24, 2016

Anak balik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.


In sha ALLAH tengahari ni anak sulung saya sampai dari bandung


Last jumpe seminggu masa raya puasa

Kali ini juga seminggu

Doakan dia habis belajar dengan jayanya ان شاء الله bulan Nov atau Oct tahun depan ان شاء الله

Tak sabar rasanya nak anak2 semua berkumpul
Di Malaysia semula..

Heran anak2 skrg tak berapa nak suka kalau belajar kat luar negara.. masa time saya dulu berebut2 dan rasa bestnya belajar di luar negara. Sekarang mereka tak heran pun !

Saturday, December 10, 2016

Balik Jay Bee

Alhamdulillah sampai depan rumah mak @ 12:20am. Maam mmg jadi maam hehe. 2 driver tadi.

Letih sangat kalau jalan jauh.  Bila drebar lelaki maam dok depan sebab bukan duduk sesaja. Kena suap makan mee, kena suap makan keropok, kena serve air kopi untuk drebar. Bila drebar pompuan, baru maam jadi maam.

Bila maam jadi maam, boring2 tengok phone, maam tidurrr sampai ke JB. Perasan ada berenti kejap entah kat mana.

Sampai jb, solat kejap pastu rasa panas, maam bersiramlah dulu. Ni dah siap seme. Maam nak beradu. No kacau2 aaa..

King dah pesan besok nak makan nasi lemak.. kena korek esbok mak ler. Apa ada, kita masak. ( ni baru dia tanya lagi.. )

Tadi masa mak nak simpan hasil tangkapan dari Cukit, mak kata... banyak nyaaaa... eh dah mak pesan kan! Hehehe..

Besok In sha ALLAH acara mencari baju dan kasut sekolah bujang mak.. mak nak beli selipar laaa ( hint3x).. hadiah anniversary kena ada 25 sebab 25 tahun !

Selamat malam!

Friday, December 9, 2016

Pasr cukit

Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah jumaat yang barokah tiba lagi..

In sha ALLAH pagi ini nak shopping kat Cukit buat ayahbonda..

Pergi awal2 pesan cik abang. Karang jem sebab hari jumaat.

In sha ALLAH! Drebar cum tukang angkat barang mmg kena ikut.

Banyak nak dibeli.

Mak pesan udang , sotong, ikan dan sayur2 dan buah2an. Mmg harga berbeza dari JB. Terlanjur nak ke JB , In sha ALLAH malam nanti, belilah sekali .


Harap2 dapat yg segar2..


Anyways, jomlah kita berselawat sebelum menjalankan tugas harian..

Kat luar dah mulai hujan lebat. Alhamdulillah ..

Lama dah tak ujan kat sini...