Doakan maklang istiqomah!
Berangan sangat nak menulis macam dulu! Sebenarnya sudah mula menulis sejak pertengahan mac 2018. tapi di Wordpress. Maklang tak rasa seronok menulis di wordpress. Macam banyak je nak kena belajar. Kekok juga guna wordpress, ni pun tak tahu camana ni...guna laptop Hakim. Laptop sendiri dah kiok so terpaksalah meminjam orang punya. Ni pun tuan dia tengah tuition, tu mak dia kebas kejap.
Maklang terpanggil nak update blog sebab rasa blog lebih tersusun. Kalau FB macam serabut sikit atau maklang yang tak pandai haha...tak pelah..
Alhamdulillah hari inilah maklang InsyaAllah nak sambung balik. Buat sendiri dan anak2 yang kadang2 suka membaca kisah kehidupan keluarga kami. Sekarang anak2 dah besar2 jadi mereka punya kehidupan sendiri. Sekarang cuma Hakim dan Kaklong je yang ada di sini. Angah dan Maya belajar jauh dari Mak. Mak doakan berjaya dengan cemerlang.. Amin
Hari ini dah 1.4.2018.
Cepat dah masuk bulan 4. Bulan Rejab pun dah nak abis...Tak lama lagi syaaban them Ramadhan..
As usual kalau pagi Ahad lepas hantar Hakim ke sekolah, maklang akan makan di luar bersama Cik Abang. Hari ini Cik Abang nak makan nasi kerabu. 1 tempat je yang dia suka iaitu di Warung Hentian Mesra. Memang paling sedap setakat ini. 1 lagi kalau kat pasar tani hari Jumaat, adek pada Arwah Sabariah ..
Biasa kalau makan nasi kerabu mesti nak tambah. tadi paklang ambik sepinggan extra utk tambah...Tak sangka masa kami sedang mengenjoy food ada orang yang perhati kami. Bila cik abang pergi bayar, cik adek duduk balas2 wasap hehe.
Tiba2 lalu sepasang makcik pakcik.. mereka duduk belakang saya dan menghadap cik abang. Sah2 dia nampak kami makan menambah.. huhu
Pakcik kata.. sedap tengok awak ber2 makan ...
Hehe... macam termalu pulak ..
Lps tu dia cakap.. pakcik masa muda dulu pun makan sedap.. le ni dah payah dah selera .. (lebihkurang gitulah bunyinya)
Isteri dia pulak sambung.. kita dah hala ke bawah dah ( sambil buat tangan macam roket nak menjunam)..
Iyelah.. abah saya pun tak selera nak makan pakcik..sy sambung
Ye tak pe.. anak masih muda ... ( muda dari pakcik je tp pada hakikatnya dah tua huhu)
Secebis sketsa di pagi hari..
Alhamdulillah Allah masih bagi selera lagi!
#skrip pakcik makcik lbhkurang gitulah..
Balik dari breakfast sempat gunting2 kain. Nak jait entah bila. Abang dan klong pergi servis cicik. Mak tinggal kat rumah. Alhamdulillah siap jugaklah sejambak tulip.
Buat mbak yanti. Alhamdulillah siap dah sulam dia punya ke3-3nya. Alhamdulillah siap jugak lagi 3 simple roses yang orang tempah. Semoga Allah beri kerajinan utk menyiapkan semuanya menjadi pouch besok!
About 12:30 turun ke dapur buat ikan magga tapi arini sos cam tak ngam. Terpaksa ambik sos lama dan Alhamdulillah..habis 2 ekor kena telan!
No comments:
Post a Comment