Assalamualaikum
Cuba nak updet guna iphone. Boleh tak agaknya?
Cuba sekejap semalam tapi memang bila nak masuk gambar keluar Error 404! lambat pulak jadiknya...
Kali ini pakai laptop lama Hakim. Masih boleh guna pun cuma kalau nak buat gambar2 yg dia dok edit tu payah lah sikit, Mak setakat nak update blog masih boleh lagi..Alhamdulillah, Tapi kadang timbul rasa nak beli baru yang sendiri punya kan best. Tak perlu pinjam...Tapi tu lah, harga nya sebelah tangan kot. Demam kejap nak korek tabung. Hehe Lebih sebulan yang dapat dari hasil sulam riben. Rasa macam tak sanggup je. Dengan harga barangan semua dah naik melambung, rasanya, beli apa yan perlu ajalah....tapi hati ku meronta2 nak yang baru.. Meluahkan perasaan kat sini tak ada yang baca kot. So tak apa lah... hahahha...kalau baca pun tak apa, tak ada yang nak bantu pun...huhu
Ini cerita hari Isnin lepas..
Maklang sekarang punyalah menyibuk..sampai susah nak cari masa nak jumpa kawan. Especially belah pagi. Biasanya isnin hingga Khamis memang ada kelas. Tapi maklang macam konfident je sini lepas tak ada kelas. Sebabnya ada dengar ustadz cakap yg dia nak hantar anak2 tahfiz ke Mesir pada senin lepaslah..dengar and piker sendiri sebenarnya hahha,,konfident giler sampai bila kawan kata nak dating rumah kita iyekan sahaja. Tau2 kelas masih ada... so dalam melayan tetamu terasa ruginya ponteng klas tafsir pagi tu...Tapi Alhamdulillah tiba2 kawan mesej ustad kensel klas sebab nak bawa anak yg tak sihat ke klinik...hehe.. Alhamdulillah...
Maka pagi tu melayanlah kawan yang datang untuk nak minta sulam riben kusyen 3 biji dan pouch 4 biji. Alhamdulillah...rezki Allah nak bagi. Tapi rezki takkan masuk kalau tak usaha kan. Ni pun kejap lagi nak menyulam..
Lepas breakfast makan nasi lemak N9 yang kat Paka ( kawan yang bawak), cakap2 pasal riben, maklang terpaksa nak excuse myself sebab nak attend makan besday kawan maklang ida dan nisa. Maka bergerak ke KGRP. Maklang order mee mamak je sebab itu yang paling cepat. Ok juga rasa dia...Alhamdulillah..
Then ke Kijal, singgah kat Mansion kawan. Melaut besar rumah dia. Alhamdulillah selama ni pandang dari luar je, Senin lepas dapat masuk. Nak tumpang solat je sebelum bertolak ke Kemaman, Ada majlis bermesra dengan MB. Ingatkan PIBG dijemput untuk nak terima duit je, rupanya kena dengar dulu MB berucap berkempen. Ingatkan kena naik pentas sorang2 dapat mock check. Masa menjemput tu lah yang disebut dlm surat, tiba2 sampai sana, yg ambik cek ialah wakil PPD...tu je...hmmm.. hampeh buang masa, tapi masa kempen tu sempat kot lelap mata sekejap. Mengantuk sangat bila dengar orang kempen sebab tak interested. Hhuhuuhuhu...sorry Dato' Sri..
Petang tu sakan juga bergambar dengan sahabat PIBK..hahah..kelakar pakcik2 makcik2 tua ni bergambar.
Petang tu sampai rumah almost 6 or dah pukul 6. Malam memang melepek. Belum pukul 10 gone sudaaaaahh
Semalam. Selasa, Alhamdulillah, Not so busy.. Kelas Arab in the morning, balik rumah dapat menyulam..petang aje ada meeting PIBG mainly pasal malam amal...Letih jd YDP huhuhu
dapatlah banyak ni menyulam, tidur pun lewat jugak sebab tengok designated survivor hahah..
InsyaAllah hari ini nak mula jahit pouches utk hadiah hari guru, dapat 3-4 bj sehari dah ok sebab nak kena siap 40 biji till hari guru...takut gelabah je nanti...Doakan maklang ye!
Akak pun sama rasa tak mampu nak beli laptop lagi..tunggu je anak yang belajar balik bercuti..boleh pinjam guna.yang ada dirumah ni dah uzur sangat laptopnya anak guna untuk tengok movie je sambung kan ke tv.untuk baca blog dan tinggal komen masih boleh guna telefon.
ReplyDelete