Friday, April 13, 2018

Balik JB - Abah tak sihat

Assalamualaikum.


Dah berberapa hari maklang tak sempat nak update. Kami tiba di JB about 8:30 pm . Alhamdulillah the trip was smooth.

Kami gerak dari sini lebihkurang pukul 12:01pm. anak2 2 tu sibuk siapkan montaj utk PIBK. Patutlah lambat sangat nak siapnya. Alhamdulillah dah siap dah.

Kami tukar drebar 2 kali. Mula2 maklang, after 2 jam, somewhere dekat2 Muazzam dhirah took over. Takut juga nak berenti mana2. Jalan banyak yang sedang dibetulkan. Banyak tampal2. Agak tak berapa sedap nak bawak kereta. First time jalan sini, drive tanpa ada Abang kat sebelah, takut juga sebab jalan sunyi. Pernah sekali dulu, kami lalu maghrib dengan Alang, tiba2 tayar kereta Alang pecah. Alhamdulillah ada yang bantu. Sejak tu tak berani sangat nak lalu sini. Kami berenti di Macap utk solat dan makan tengahari jam 5 ptg. Alhamdulillah kami tiba dengan selamat selepas singgah di JPO . Konon nak cari selipar tapi tak ada yang berkenan. Akhirnya yang dapat cuma Starbucks 2 gelas.

Sesampai di rumah mak, lepas dah jumpa mak abah, mandi solat and tidur. Alhamdulillah sedap tidur sebab letih sangat.


Jumaat

Lepas Subuh, ingatkan baru nak naik atas tengok mak. Tiba2 dapat mesej dari Alang kata nak bawak abah pergi hospital...Risau juga sebab malam tadi, batuk abah agak teruk macam non stop aja. So maklang naik atas tengok mak and abah. Alang dah siap2 nak bawak abah ke hospital. Memang panggil ambulance sebab susah nak bawak abah turun tangga. Abah nampak lemah sangat. Masa orang ambulance nak angkat abah, tiba2 abah kata...mana Nazarudin ni..mana Nazarudin ni? Sedih nya masa tu... Nanti Nazar balik Bah. InsyaAllah petang ni sampailah nanti...Menangis juga waktu tu...Sedih bila dengar abah cakap macam tu...Ya Allah sihatkanlah Abah kembali...kami tak nak tengok dia sakit....






No comments:

Post a Comment