Assalamualaikum
Sekarang otw to KL. Dhirah tgh drive. Mak duduk depan dari tadi sebelah driver. Abang drive dari rumah ke Gambang. Sampai Gambang tukar drebar. Hehe.. Abang singgah solat. Mak nnt solat di rumah KL sbb boleh jamaq . abang tak boleh.
Hari ini sibuk dari pagi. Itu yg naik2 kereta je terus lelap. Mana taknya.. lepas subuh tadi.. terus ke dapur buat meehoon, diteruskan dengan memblend bawang dan kawan2nya, potong daging utk nak merendang. Mak sebut semalam sedap kalau makan lemang dengan rendang daging.. maka buatlah.. rasa tak tahu camana.. then sambil merendang masak lauk tengahari- ayam kunyit dengan carrot dan kacang panjang. Then sambal telur. Siap semua buat pulak inti karipap dan seterusnya buat karipap. Kemudian siap utk attend hari guru daerah di imtiaz kemaman... balik dari sana mandi solat makan dan gerak ke KL.. kisah ari ini..
Sabtu... pagi breakfast di Hentian Mesra. Balik dari sana, masak nasi tomato dan lauk ayam kari+beriani kot..hentam aje apa ada dlm esbok. Buatkan acar mentah jg. Alhamdulillah laku sampai licin piuk.. Alhamdulillah. Selesai di dapur, seharian lah mengemas bilik jahit yg macam tongkang pecah. Alhamdulillah siap dah.. baru lega nak menjahit. Kemudian sempat jahit 1 pouch dan sekerat jalan kain baju kurung yg nak di pakai pada 2.5 ini di KT
Jumaat..
Alhamdulillah berjaya utk tidak pergi pasar tani. Kami breakfast nasi goreng ikan. Kemudian masak daging dengan petai dan ayam masak kicap since kawan hakim tak makan pedas.
Siap di dapur melayan deco glass Hakim. Asalnya oscar tu nak buat best dressed dab sebagai award tp cg pkp dan pengetua tak brp suka benda oscar. Fikir nak buat camana, maka terhasillah...
Alhamdulillah abang sampai dari KL jam 6: 15pm
Khamis..
Bestnya .. baru tahu hari selasa sebelum tu bahawa hari khamis cuti birthday sultan. Pukul 5:30pg dpt mesej. Sal ajak pergi walk kat pantai.. bestnya... lepas walk naik buaian. Balik dr pantai masak asam ikan kembung. Then siap nak tengok avengers. Lepas tu ke tmc beli barang dapur. Balik tu makan macam kebulur huhu. Infact kat tmc dhirah dah bukak pringles then makan popcorn yg hakim beli.. mmg makan melampau sebab kelaparan. Petang tu ingat nak deco gelas tp seme fengsan so mak mengadap mesin. Alhamdulillah siap 5 pouches. Malam menyulam lagi..
Macam tak siap2 je keje huhu.
Rabu macam biasa lepas kelas balik je tak kemana. Berjuang nak siapkan pouches hari guru!
Sekian catatan harian saya!
No comments:
Post a Comment