Tuesday, April 10, 2018

Nasi Lemak dan Rendang Crispy

Assalamualaikum..

Pagi ini, maklang make it a point untuk nak update blog.

Ingatkan Ahad malam tu nak update, tapi dek sibuk pegang riben, maklang tak sempat nak buat apa.
Ahad tak ada buat apa pun. Pagi lepas Subuh, turun ke dapur untuk nak prepare breakfast. Tengah malam cik abang kata...besok breakfast nasi lemak nak? Maka gighlah maklang masak nasi lemak berserta sambal udang dan sambal bilis... lada kering pulak dah habis, maka buat from scratch lah semuanya...huhu..Syukur pagi tu, paklang ke kedai beli ayam dan santan dulu untuk nak buat rendang. By the time dia balik. dah siap bungkus daun pisang pun nasi lemaknya! Alhamdulillah!



Memang puas hati lah makan nasi lemak masak sendiri! Haha..biasanya minta bibik yang buat, hari ini sendiri bikin. Mungkin muak makan masakan orang...



Siap didapur , maksudnya rendang dah atas kuali, maklang biasalah melayan riben . Syukur Allah bukakan pintu rezki melalui ini. Selain enjoy hobi ini dapat juga buat duit sikit. Adalah duit poket kot nak beli apa2. Alhamdulillah tempahan beg dan sulam masih berterusan! Sempat jugalah menghabiskan sulaman ros di bawah.



Tuan dia nak hadiah kat mak dia, Specify nak harga RM150 sahaja termasuk pos. Oklah..InsyaAllah akan pos sebelum tarikh yang di minta.


Cik Abang ajak ke Kijal beli lemang, Kat sini lemang murah, Yang kecik RM10 dapat 3 batang, Yang besar RM10 dapat 2 batang, Cik Abang kata, kalau kt KL sebatang RM15? Memang tak makanlah jawabnya...huuhuu

Alhamdulillah by petang dah siap makan rendang, tapi perut macam rasa paanaslaaaaa sebab banyak cili padi huhu .. mungkin sedap tak crispy




As usual, malam hantar cik abang kat bus stop... memang ahad malam isnin tak best sebab cik abang balik ke tempat keje... nampak pulak bulan berkibaran depan bus stop...betul2 depan bus stop..nampak angin banyak...



Ingat nak sambung cerita hari senin tapi macam dah lewat dan nak siap ke kelas kejap lagi. Mata ni pun asik ngantuk je...Ni pun sambil melayan cik abang kat facetime.


Tq sebab sudi singgah dan meninggalkan jejak.. boleh lah maklang visit ke blog pembaca pulak..sekarang sepi tak tahu nak bloghop kemana...huhu


1 comment:

  1. Cekap mak lang di dapur..sambil2 sulam banyak yang boleh di masak

    ReplyDelete