Alhamdulillah...malam semalam bukak lelong telekong utk surau SMKRP dan pagi pulak buka utk beli sejadah, Alhamdulillah laju je orang book utk menginfaqkan harta. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya..
Pagi semalam ada meeting PIBK. Ini macam adek beradek dengan PIBG lah. Tak tahu macamana aleh2 nama kita dipilih pulak nak kena join group ni. Agaknya sebab pengerusi dia kenal maklang kot. Hmmm... Memang menambahkan lagi kerja lah nampaknya. Semalam pagi sebab sibuk dengan sedekah surau tu, terleka, lambat nak siap, langsung ponteng kelas arab. Pergi meeting dalam pukul 10:00 pg sampao rumah semula dah dekat pukul 2:00pm. Bawak balik keje lah. Tapi petang semalam masih sibuk sikit dengan orang bank in duit. Alhamdulillah cg kata duit masuk non stop. Syukur.
Petang semalam juga dapat jahit sikit je. Sambil jahit sambil pikir nak design logo macamana utk PIBK ni... Orang dah tua kreativiti pun dan kurang.. huhu
Petang masa ambil Hakim dari sekolah, kami singgah di gerai Elly. Elly minta Hakim ambikkan gambar utk nak buatkan dia punya banner..So menyinggah lah makan nasi ayam dan bakso gratis! ALhamdulillah!
Along puasa so tengok jelaa adek dia makan
Pandai berlakon tu
nampak sedapkan! Kena rasa baru tau!
Bakso asli Jakarta
Malam tadi lepas maghrib, masa nak baca2 tu tak boleh bukak mata dah, Tergolek dalam telekong, Mujurlah cepat tersedar, solat Isyak dan terus sambung jahitan. Mengantuk melampau, Konon nak tengok Tiada Cinta Seperti Mu...sekerat jalan, TV tengok kita.. Letih sangat mengalahkan orang berpuasa!
Bestnya hari ini dah Jumaat.. InsyaAllah malam ni bertemu dengan yang tersayang!-
Alhamdulillah dah dapat baca blog mak lang
ReplyDeleteAlhamdulillah,,,Tq nak komen.Tq nak datang blog maklang :)
ReplyDelete