Assalamualaikum
Semalam ke kelas Fekah. Lemau betul badan. Macam tak cukup tidur. Mungkin sebab otak pun penat selagi malam amal tak siap lagi.
Hari Selasa ada meeting malam amal. Nak tentukan bayaran tiket, persembahan dan apa2 lagi yang belum selesai.
Petang tu macam dah setel semua bayaran malam amal. Untuk cg sekolah lain yang bantu anak2 murid sekolah dia buat persembahan, maklang dah setuju untuk kenakan bayaran sebanyak RM60 sahaja utk cg2 dan anak2 Rm30/anak, maknanya tak perlu bayar harga penuh tiket yang macam kita jual untuk semua orang. Tapi ada pulak ajk yang tak hadir tak agree. Panjang sungguh dia hantar Wa kat group. Malas nak layan maka maklang iyekan aje lah. Ikutkan je sebab tak kuasa nak nak pening kan kepala..
Betul pagi semalam maklang rasa exhausted sungguh pikir pasal ni. Duduk atas tikar sembahyang lepas Subuh, tiba2 Allah beri ilham. Why not cuba cari duit. Maka maklang letak kat fb, WA kat group kawan2 & kat group family. Alhamdulillah walau tak ramai yang menyahut seruan utk menderma, tapi tiap seorang bagi amount yang banyak. Sekejap aja habis utk 15 anak yatim/anak yatim. Alhamdulillah dapat sponsors sampai dapat banyak juga duit yang akan maklang salurkan ke sekolah yang nak buat persembahan utk malam amal sekolah anak maklang.
Memang kalau kita nakkan sesuatu, jangan nakkan hak orang aje. Kena lah berbahagi. Janganlah tamak. Nescaya Allah akan beri lebih, InsyaAllah
Semalam tengahari macam orang tak ada keje pi menonton Umi Aida- DUKUN.. Ha ha I was so mengantuk that I actually fell asleep dalam kebisingan dalam cinema..Huuhuuu...
Then petang semalam ke RWK. Nak jumpa pihak hotel untuk nak tengok susunan meja, backdrop dan sebagainya... Masa tu lah Angah call kata dia risau Atok macam tak berapa sihat dan happy. And I think it is time to balik. The last time we balik was about 3 weeks back masa cuti sekolah. Hakim ponteng hari ini dan Ahad . Meeting dengan PIBK terpaksalah tak join. Kena utamakan Ayahanda tercinta...
As of now, anak2 lom siap lagi...entah pukul brapa nak gerak?? Mungkin badan letih jadi belum sampai mood lagi tak gerak. Tapi it will be in a few minutes...InsyaAllah...
Doakan kami selamat sampai ke destinasi...
Tak sabar nak sampai sana..Kalau lah ada private jet...
Semoga selamat sampai dan ayahanda mak lang juga dikurniakan kesihatan yang baik dan berterusan
ReplyDelete