Saturday, October 13, 2018

Good Friday Day!

Assalamulaikum


Alhamdulillah semalam berjaya juga menghasilkan sesuatu walaupun terasa yang amat malas. Lebih2 lagi bila kat luar hujaaaaaaannnnn yang sangat sejuk yang mengundang selimut untuk ditarik kembali selepas solat Subuh. Betul memang semalam, lepas Subuh baring semula sebentar memadangkan cuma hari Jumaat aje yang sempat nak bersantai tanpa perlu bekejar ke dapur menyiapkan sarapan. Malas betul maklang sekarang. Huhu...Tapi nak buat macamana, makin tua makin rasa letih walaupun bebanan kerja berkurangan. Haha...ye ke berkurang? Rasanya makin banyak sebab celik mata sampai ke lelap mata, tangan dan kepala ada je yang perlu difikirkan...Mati juga perlu juga difikirkan...waima semakin hari kematian semakin dekat dengan kita. Semoga Allah matikan maklang dalam husnul khotimah Aaamiiin

Kita buat cerita bergambar jelah eeh..like always

Ni gambar makanan paklang Wa ke group family, nak inform apa dia makan for lunch semalam. Sedap sangat ni dia kata. Tq Angah sebab almost tiap hari Angah prepare food untuk Abah. Alhamdulillah sususan Allah terbaik sebab letak Angah di KL bersama Abah..


This was our breakfast. Prepared by bibik. Maklang duduk dalam bilik jahit sebab nak kemas bilik jahit yang sedang berterabur lepas Maya dok potong kain dan belum bersimpan. Alhamdulillah sekarang dah kemas lah sikit. Tapi tak tahan bau kencing kelawar dari atap rumah sangat memeningkan kepala dan menyakitkan hidung. Pagi semalam was ok tapi bila ke petang, bau nya makin kuat. Tak tahan betul! InsyaAllah pagi ini ada orang datang nak pasangkan lampu kat atap.  1-2 bulan lepas dah panggil orang bersihkan dan letak ubat gegat. Eloklah kejap tapi now balik semula busuk giler! tak leh tahan dah! Semoga Allah permudahkan..Aaamiiin



Lepas breakfast dengan Wan, intai kejap kat luar. Hujan masih turun dan sejuuuukkkk...bestnya semalam.


Alhamdulillah lepas dah kemas2 bilik, angin nak menjahit beg datang. Alhamdulillah siap beg XXL ni yang ditempah oleh jiran maklang, Cg Zihe.


Siap jahit beg, bersiap nak ambik Hakim. Bila mesej Ida nak ambikkan anak dia sekali, tp Ida kata suami dia akan ambik anak dia. So, minta Hakim ikut Jijo jelah. Hakim kata nak makan awal sebab ada tuition immediately lepas balik solat Jumaat. Maka, tukar cerita, Maklang bekejar nak masak lunch yang simple as usual. Sebab lada semua dah blend, ikan dah basuh, maka cepatlah maklang memasak. It took me about 40 mins to cook all these. Siap masak, nasik belum kering lagi, tu pun tenggek piuk atas dapur gas dulu supaya nasi cepat kering!


Alhamdulillah a few minutes after Hakim sampai rumah, we had our lunch ber3. Bibik sedang di atas, mop rumah! Nak makan 20 mins je, siap dah...Alhamdulillah konyang


Lepas makan, solat Zohor. Elok je selesai solat Zohr, garu2 lengan yang gatal, tiba terpelanting macam sisik ikan...Aduh! Sah ngak solat ku? Maka berwudu semulalah dan solat semula!

Lepas solat masuk bilik jahit semula...Alhamduillah siap beg besar tu before asar. Yang kecik dah buat belah pagi. By then mmg dah tak tahan dengan bau busuk kencing kelawar. Hidung dah perit kepala dah pening. Maklang hangkut kain2 baldu yang nak dipotong dan lepas solat, maklang potong kain kat bilik. Alhamdulillah siap dah. Tp belum jahit tepi lagi....huhu...ni siapkan apa yg ada dulu...nnt bila bilik tak bau lagi, bolehlah jahit tepi. If not kena masuk pakai topeng hidung laaa


 beg ini tempahan Lin Sarawak. Her 2nd set !Alhamdulillah!


Petang bibik buat pau. Sedap walau tak selembut macam orang jual tu. I bedal sampai 3! Tak senonoh!


Sambil tengok TV cerita, Cinta Jangan Pergi, dengan mak siaplah sulam ni utk nak letak kat belakang cushion cover yang Sara towkey homestay chemara kat Paka tu... 40 mins jugak menjahit 2 tu...see how slow it is to do handmade goods!


Took this picture from wassap status Hakim, our shared kucing with our neighbour... haha...adalah benda yang anak2 nak layan...Tq Allah for letting Ah Cheng be in or lives!


Last for semalam... layan tekak cik Abang yang sampai jam 9:45mlm. Jam 8:40pm, lepas Isyak baru goreng nasi. Sekali utk Wan dan maklang. Terrajin nak susun2 dalam pinggan...Wan kata....Macam kat restoran je...haha.. Wan makan 1/2 je! I makan lebih dari 1 scoop! huhu



Alhamdulillah for a good day yesterday. Moga hari ini lebih baik...Aamiin


Thursday, October 11, 2018

Maya Day

Assalamualaikum 

Semalam full bz day! Dari celik mata non stop activity sampai ke lelap mata tanpa disedari huhu

Gambar ribbon ni eksen je. Padahal tak pegang langsung semalam!


Pagi semalam siapkan breakfast utk anakanda bongsu . Dan his lunch! Ayam kunyit goreng dengan carrot dan brocolli utk lunch


Breakfast senang je kentang dadu dimicrowave dan sosej yg disira dengan english herbs. Kadang buntu tak tahu nak masak apa!


About 7:50-am, Sal datang nak teman walk. ‎الحمدالله we made more than 3.5km!


cantek sangat semalam...bunga2 cantek ..almaklum baru lepas hujan. Sejuk je rasa



ni gambar bunga kat luar rumah Zihe,  my jirang!


ini kat rumah sendiri. Alhamdulillah pokok2 keladi yang kami re pot dah mula keluar tunas baru


Gelombang cinta dah besar! Inn sya Allah nnt akan beranak pinak


hydrangea dah mula berbunga.. Kertih dah sejuk kembali. Alhamdulillah


gelombang cinta lagi


orchid


hydrngeas

Lepas dari walk, rehat kejap, breakfast, naik atas, mandi dan buat apa patut before ke surau. Kelas Ustadzah Naliati mmg best. Then ada briefing by Hj Zamri, TH Kemaman


Balik dari Surau dah almost 1pm. Solat zohor dan lunch, Berkejar lah sebab cerita start jam 1:30 pm kot, hehe, 135 baru keluar rumah. Masuk cinema dah 150pm haha...sah2 dah start

maya nak tengok PASKAL sebab angah kata best. Betul2 mmg best Mak termenangis!


Budak ni nak beli eskrem! Kena lah RM 118 utk 2 x 1 qt.

Balik dari MM, solat asar mandi and siap utk mmeting PIBG. Balik dah 7:30 pm, Kejar pulak nak maghrib. Konon semalam berangan nak jahit lagi, tapi Allah kata rehat. Terus mata i lolap. Kol 10:00 dah tarik selimut!

Yesterday was full of activities, no wonder letih bebenor!


Wednesday, October 10, 2018

Food !

Assalamualaikum

It has been a rather busy weekend. I hardly had the time to update my daily activities.
Order 2 packet laksam sedap ni dari kawan punya kawan. Mmg sangatlah sedap. Dah banyak kali kami ulang2 makan .  Alhamdulillah sampa kemalam pun makan lagi ni




Tengahari sempat jahit beg tote ni.









This masakan hari Isnin utk bekalan Hakim ke sekolah. Hentam je masakannya..Alhamdulillah anak2 suka


Pagi isnin ke surau kejap lepas kelas Tafsir. Nak tengok progress walkway


This cheesecake dan yogurt cake ini Dhira beli kat Awana. RM12/pc. Cheesecake dia memang sedap sangat!






Sunday, October 7, 2018

Mandi Sarung Bantal

Assalamualaikum

Minggu lepas mmg Maklang  mandi sarung bantal. ‎الحمدالله ada Maya yg tolong potong2 kain2 dan tanda kat mana nak dijahit. Kalau tak mmg impossible lah nak habiskan 130 plus sarung bantal dalam masa lbh kurang seminggu. ‎الحمدالله jahit guna hi speed sewing machine ni laju lah. Kalau mengayuh guna mesin kecik mmg lambat laaaa... pagi sabtu dengan selamatnya siaplah semuanya... syukur ‎الحمدالله 

Boleh pulak masa jahit yg Kung Fu panda, Maklang tersuka sampai rasa sayang nak masukkan utk nak sedekah ke sepital... teruk lah orang tua ni... last2 Maya pun geram sampai dah simpan utk sendiri. Nak bawak balik Bangilah tu... haha

Malam2 lepas penat, Maklang layan riben lah pulak . Mmg delay lah semuanya sebab siang hari tak dan nak buat. Penat dan ngantuk juga!



Yang ini Maklang nak buat utk sampul quran. Dah berbulan tak siap2... ان شاء الله akan diusahakan segera.


Hari Jumaat lepas, ke rumah Nani nak visit nani yg sakit lutut. Weekend sebelum tu, Nani pergi letak apa-entah kat lutut dia di KPJ tak silap. Elly buat nasi uduk. Pergi umah nani jam 10 lebih sikit dengan risol yg bibik buat. Balik dari umah Nani dah pukul 1! Tak senonoh.. kalau paklang mesti dia cakap... Tak jumpa jalan balik ke?? Ha ha...


Siap dah sarung bantal... maka sabtu tu sempatlah menjahit beg ni utk hadiahkan ke Cg Sai yg baru melahirkan. 


Tengahari kami ke wedding anak kak ma mu. Kawan sekolah rendah Dhirah


Bergambar itu wajib!


Bersama Suzana Yusuf. Kawan sama2 kat PRW



Mesti nak posing perasan lawa sebelum bergerak ke rumah pengantin




Alhamdulillah sempat jugak jahitkan beg ni. Alhamdulillah ramai pulak yang minat....Rejeki tu!


Inn Sya Allah nnt sambung lagi!

Monday, October 1, 2018

Trip to Kuantan - langsir surau

Assalamualaikum 
Cerita hari isnin, malam jumaat baru sempat upadate. Maklang  sibuk menjahit sarung bantal utk kusarungkankasih. Buat charity sikit. Maklang jual sarung bantal rm15 dan jahit serta hantarkan terus ke ngo ni utk anak2 kanser. Masih berbaki lebih kurang  20 helai lagi. Asalnya nak abiskan kain yag banyak ni tapi tiba2 terlebih pulak orang yg order nak join the charity drive. ‎الحمدالله !


Hari Isnin kami ke Kamdar. Lama juga kami kat kamdar. Asalnya jumpa mr. Anba, regional manager kamdar masa hari sabtu lepas. Cari2 kain utk nak buat bantal tu lah. Cerita2 tercerita pasal nak buat langsir utk surau. Beritau dia yg cg plan nak ke nilai beli kain langsir. Truthfully, maklang prefer kat Kamdar je sebab dekat and quality better pada maklang. Pernah pergi nilai dulu tapi yg jumpa kain tak berapa best. So cerita3 dia bagi quotation and all. Oklah reasonable price. Nnt pujuk cg!

Kami keluar dari kamdar around 12:30 pm. Terus cari makan. Mmg dalam kepala fikit nak ke Horizon Restaurant. Sangat excited sebab dah terasa2 kat lidah lauk dia yang sedap2. Tapi bila makanan tiba, nampak pun tak selera..huhu.. Beza sangat dengan masa dulu2 tu..huuhuu




Otw balik kami singgah kat Kijal utk solat. Lepas balik rumah, rehat kejap  lepas tu terus menjahit. Pada hari isnin it was like 40/120! Jauhnya lagi perjalanan...Penat je sekarang! Tua dah!



Trip to KT



Assalamualaikum

Jumaat malam tiba2 dapat whatsapp from shidah.. niqab dah siap ke? ‎الحمدالله dah siap cuma nak kemaskan je:).. gelabah juga..Dia dari kelantan lalu paka nak ke pekan. Balik dari majlis solat hajat anak di dan terus nak balik pekan. Jumpa shidah last masa maklang kena denggi 3 tahun lepas. Dia datang visit kat ppum

Ahad pagi maklang masak nasi lemak. Anak2 biasalah nak mak dia yg masak. Maka terpaksalah. Petang sabtu sesampai dari Kuantan terus ke dapur buat cucur dan buat sambal bilis. 


Canteknya bekas yg baru sampai dari kl ni. Lama dah mengidam.. ‎الحمدالله dapat juga beli!  2 biji


On the way ke KT dapat juga menyulam. Sedang2 menyulam, habis pulak riben kuning. Sepanjang jalan asyik mengantuk je... cik abang mmg pantang nampak cik adek dia lelap, mesti nak
Ambik gambo.. haha


Visit tok uncle dan wan
Pari yang baru balik dari Mekah. Alhamdulillah sihat keduanya2 sihat. Pergi sana sambil ziarah dan pulangkan barang kemas yg dia minta maklang simpankan masa dia pegi haji aritu.


Otw pergi tadi, lalu Dungun sebab nak hantar mesin jahit tepi yang patah jarumnya dan bunyi macam tak sedap...Cik Abang nampak construction ECRL. So, masa balik  lepas singgah ambil mesin jahit tepi, kami singgah melawat kawasan


Sangat besih site yang ditinggalkan. Agaknya diteruskan atau tak..Kalau diteruskan adalah rezki kami nanti. InsyaAllah

kemas,, bersih dan tersusun

Kami berfikiran, negara China dah jadi macam Jepun kot, semuanya bersih dan tersusun. Semoga Malaysia pun dapat menurut jejak langkah mempunyai construction site macam ini..Amiin

Petang sesampai dati KT, relax kejap dan terus sanbung sarung bantal. Dapat sambung 16 sahaja...yang dah siap baru 24. Inn sya Allah cuba siap by minggu ini...Semoga Allah bantu segala usaha...Aamiin