Friday, September 14, 2018

Birthday sahabat

Assalmualaikum.. 
Terkial juga buat riben ni. Hahah terlepas date birthday sahabat. Biasalah bila sampai waktu baru
fikir apa nak kasi. Rezki dia lah dapat beg ni. Semoga dia happy! Tengahari tadi dia dtg nak tengok sarung bantal baby. Cepat2 ambik kesempatan baak bagi hadiah! 


 


Ini collection sarung bantal masa anak2 baby lagi. Ada yg buat sendiri, ada yg wan yg jahit. Bestnya kalau ada umur dan dapat cucu, boleh buat lagi dan turunkan yg ini pada mereka. ان شاء الله !




‎الحمدالله dapat siap 2 ni lepas breakfast. 



Sampai dekat 12:30pm kot baru nak masak ayam masak ijau tu.





Pagi tadi masak ayam masak Ijau berlado modified suka hati! Nak abiskan lada hijau sebenarnya.. dan malas nak blend bawang! Makanya.. blend lada hijau denga cili padi sedikit, bwg putih dan tomato. Tumiskan sampai lada garing. Masukkan ayam dah digoreng dengan garam kunyit. Saya suka potong kecik2 supaya lada tu masuk dalam ayam. Saya letak juga kentang potong dadu besar (goreng dulu), bawang besar potong panjang dan tomato buah potong panjang. Jangan lupa perisakan dengan garam dan gula

Taburkan daun ketumbar( sebenarnya lupa nak gaul sekali!)
Sedap makan dengan nasi panas! Sekali ngap lah tadi. Mmg suka ratah lauk anak2 ni dan emaknya juga

Alhamdulillah petang semalam lepas asar pi rumah ustadzah Noriah . Dia buat aqiqah cucunya. Muda lagi dah dapat cucu! rezki masing2 kan


Alhamdulillah sahabat jannah sentiasa tersenyum bila bersama!
Nikmat apa lagi yang mahu didustakan??


Wednesday, September 12, 2018

On the Go the whole Day!

I did not realize that i have been on the ‘go’ the whole day!

5:15 am ‘go’ off alarm
5:30 am ‘go’ angkat wudu
6:45 am ‘go’ kitchen to prepare breakfast
7:15 am ‘go’ to school to send Hakim
7:45am ‘go’ to the kitchen for breakfast
8:10am ‘go’ to sewing room, sewn 1 outer bag
9:15 am ‘go’ get ready for my feqah class
10:05 am ‘go’ to surau for feqah class
11:35 am ‘go’ to school to meet the teacher
12:45 pm ‘go’ to Surau Sekolah
1:05 pm ‘go’ home ( otw stopped at Lmart)
1:15 pm ‘go ‘ to L-Mart to buy so stuffs
1:20 pm ‘go’ home, did my prayer
2:00 pm ‘go’ to have lunch in the kitchen
2:30 pm ‘go’ to the sewing room again to potong the kain etc for 3 bags kot
3:45 pm ‘go’ to kitchen again to goreng mee for the pibg mtg
4:15 pm ‘go’ mandi and solat asar and get ready to go to the meeting
5:07 pm ‘go’ to the mtg room
7:20 pm ‘go’ home and did maghrib and isyak
 Before isyak i thought of going into my sewing room again! Tp mata and badan said lets go to sleep! I did not realise that I have been on the go until rasa mata macam tak boleh bukak! Huhu.. and perut laparrr.

Alhamdulillah penat2, my most favourite son served me this!

#Penat sangat arini! Semoga segala usaha Allah berkati!

Ni Hakim prepare utk mak dia

Kueh bakar utk meeting pibg. isteri pengarah projek larian pibg yg buat


Mee goreng, yours truly dah goreng sampai berpoloh2


ajk pibg bawak risolle dan popia sire. sedap popia tu


semalam Dhira and Hakim buat mee flat. haha dapat toi baru semalam. Noodle maker. Pensonic buat sale dari RM599 jadi RM399! Alhamdulillah

Tuesday, September 11, 2018

Gelombang Cinta

Assalamualaikum


 Pagi tadi selesai breakfasthomemade nasi le dan Abang dan Angah dah bertolak balik KL, mak pun mula nak berkebun. Maklang tolong jugaklah. Along jadi tukang angkat pasu2. Maaflaah maklang dan wan memang tak kuat laa...Seronok kalau dapat berkebun selalu. Basah jugaklah baju.

Kawan maklang nama Sri datang belajar mengait dengan Wan selesainya berkebun, Ajak makan tengahari. Petang melayan riben lagi lah!

Ni nak update pun 1/2 layu dah!



Pokok ni namanya gelombang cinta

Asalnya dari jakarta. Seludup masuk beg awal2 ada kot 5/6 tahun yg lalu. Masukkan dlm botol plastik dan bungkus. Seram sejuk juga takut kena rampas.

2 kali seludup. Yg mula2 canteknya hidup. Kali 2, macam tak besar2. Baru2 ni bibik alih letak pasu dalam. ‎الحمدالله semakin besar.

Tadi nak kemas2 pasu yg besar. Nampak macam bnyk rumput. Konon nak bersihkan rumput liar. Sekali tarik macam tak mau pergi. Tp dptlah jg 2-3 pokok. Bila cakap2 dengan bibik, dia kata pokok yg mak aleh 2-3 ari lepas tu dptnya dr akar pokok! Aiyooo yg dibuang tadi anak pokok rupanya.

Tadi belek lagi dan betullah anak pokok.

Kalau di Jakarta boleh buat biznez, 1 pokok besar harga 1 juta lebih!




yg ini seludup kali ke 2




Ini yang mula2 dulu



tengok tu anak2 dia kecik2 lagi. Nanti dah besar boleh alehkan . Kalau dpt jual sepokok sejuta...memang kayalah maklang lepas ni! haha

Monday, September 10, 2018

Jumaat Sabtu Ahad




Assalamualaikum

Sudah hari  isnin

Berada di imigresen. Nak kena renew pasport. Kena lah renew kalau nak ikut pergi jalan. Orang dah bayarkan tiket. Buat pasport bayarlah sendiri. Mujurlah ada duit2 simpan bawah bantal. Duit jahit rinben
Dan beg2 sikit2. Syukurlah seadanya. Dah begitu takdirnya kan... ‎الحمدالله !

Jumaat lepas tak ke pasar tani pun. Mood nak kemas bilik. Nak buang segala yg tak perlu dalam
Bilik tidur. ‎الحمدالله misi berjaya. Buku2 yg ada sepah kat bilik tu dag simpan dalam rak buku kat luar bilik jahit. 

Pagi jumaat tu kami brekfast nasi dagang je. nasi dagang frozen yg dibeli minggu sebelumnya... Punya lah malas nak buat apa2. Lagipun nak kisingkan esbok!





Yang di atas tu yang dikerjakan sepanjang minggu.Beg hijau besar tu 3-4 kali jahit bukak jahit bukak.Last2 campak ke tepi. Letih! duduk 2 jam tapi 1 benda tak jadi. Akhirnya buat bbrp hari selepas gagal nak siapkan 2 hari sebelum tu

Hari Sabtu pagi ke sekolah hantar cat pintu. sambil2 tengok orang bersihkan kawasan surau


Book juga jam utk Maya. Susah sangat nak pilih jam!



Breakfast telur 1/2 cooked paling sedap dan mengenyangkan!





Alhamdulillah berjaya siapkan beberapa bijik beg minggu lepas



Carrot Cake..Dhirah kata ni rare mak! lama nya tak membaking!



Mee curry buat masa hari Isnin lepas...nak pujuk orang yang kena sekat makan. hahaha...Or was it on Sunday?


Pilih mahagony kata tukang yang nak cat pintu surau...hehe...tp saya suka teak!

Tarik pembaca

Assalamualaikum..

Saya cuba nak tarik pembaca semula ke Teratak Maklang! camana nak buat! harap ada yg sudi tinggal tanda! Tanda yg baik je!

Rabu Khamis

‎assalamualaikum


Hari ni dah sabtu.

Rabu lepas buat usrah was like Khamis. Entah kenapa rasa macam Khamis. Agaknya sebab dah plan awal2 utk usrah buat hari rabu. Tu bila hari Rabu tu rasa mcm Khamis. Lepas usrah pi shopping baju tshirt muslimah murah . Beli utk maya dan dhirah dan bibik. Saje upah bibik penat kemas rumah lepas buat usrah.

Rabu.

‎الحمدالله kelas ustadzah naliati buat awal. So cepat boleh layan kerja sendri. Tp mulanya pun lepas zohor but very unfortunate sebab entah 2 jam lebih duduk depan mesin jahit, 1 benda tak jadi sebab asyik jahit bukak jahit bukak sampai 3 kali. Last2 keciwa sangat. Dahlah berenti dulu. Solat and then baca buku dan naik basikal.. haha.. and malam tu selesai isyak semua, baru lah mula menjahit. ‎الحمدالله rezki Allah bagi siap 3 pouches. 2 yg sulam riben ,  1 pouch utk spec. Bila ada buat benda yg mendatangkan hasil mmg rasa tak buang masa hari tu. Malam Khamis tu puas lah! ‎الحمدالله !




 Ini pulak beg yang dah jahit bukak 3 kali.mKenapalah tak tahu jadi macam tu! Akhirnya berhenti, solat Asar dan terus tak mahu pegang dah! Allah tak izin dia jadi beg petang tu!




 Rasa rugi yang amat sebab tak ada hasil siang hari , makanya selepas Isyak paksa juga menjahit. Siap lah 2 pouches dan 1 spectacle case. Alhamdulillah walau hanya sedikit je!


Khamis.

Biasalah.. pagi2 dah siap semua. Tak masak pun sebab Dhirah dah nak tolong buat breakfast. Lunch pun dah pesan bibik buat sup bayam letak ayam dan juga bilis berlada je. Cukuplah. Kadang malas pikir nak masak apa...tak tahu dah..

Pagi as usual pergi kelas Arab. Masih belajar surah infithor. Memang best belajar tafsir dengan orang Arab , orang yang bahasa ibundanya adalah bahasa Arab. PEntafsirannya lebih  mendalam. Alhamdulillah Allah beri kemudahan!



 

 Ini baju yang belikan utk Maya. Tapi macam kecik pulak. Akhirnya bibik borong semuanya. Pergi pulak belikan Maya yang satu ukuran lebih besar.



Lepas dari beli baju Maya, terus ke pusat zakat, bayar zakat Cik Abang. Ju dan Shinta ajak makan mee sup. Alamak duit tinggal RM10 sahaja dalam beg tangan! Tak apa2 ..Ju belanja ! Alhamdulillah!
Sedap sungguh mee ni! Alhamdulillah..

  Petang Khamis ada ngopi kat rumah nani, Biasalah tu. Bila Elly balik adalah ngopinya! Haha. Malas nak buat apa2. Cuma bawak kek buah kecik dan letakkan cream cheese! Senang cerita. Sekali sekala bila jumpa memang best! Merekalah sahabat2 ku dunia akhirat!



Malam tu tak ada kerja! Melayan budak 2 ni. Dhira ketawa tak berenti bila dia tengok muka adek dia macam tengok cermin. Gelihati betul!





Kita continue utk hasil hari Jumaat sabtu Ahad in my next entry, insya Allah. semoga istiqomah























Tuesday, September 4, 2018

Majlis Solat hajat , yasin dan tahlil

‎الحمدالله selasa 4.9.2018

 selesai dahhhh...

Siapalah saya tanpa mereka ini.. sahabat jannah saya ان شاء الله

Ada yg baru berkenalan baru 5-6 tahun tp rapatnya macam adek beradek. Bagi saya yg tak punya saudara mara dekat di Kerteh ni, pada merekalah tempat saya menumpang kasih! ‎الحمدالله Allah temukan dengan mereka. Terimakaseh juga pada Elly Salman yg mula2 tarik saya join usrah lepas saya berhenti kerja..

Tq ustadzah Noriah Yusof utk tazkirah yg selalu berkesan di hati.

Tq Hidayah Ida, ju Zuhailah Ibrahim dan sis Sherry kerana nak join buat majlis ini.

Tq Zara Aisya goreng mee sedap. Tq Sheda dan Fini  dan Fara hadirkan diri. Tq kak KJ hadir walaupun tudung merah! Hehe

Tq chef Hanieliza Kamarudin bawa puding sagu koktel. Nadhirah Nazarudin makan berulang2.

Tq semua kerana menjayakan majlis..tq lala, zita, sazlina, zalina , liya dan tq semua yg dtg tadi

buat sahabat tersayang


sebelum acara solat hajat


tersenyum simpul cik sha kita


bacaan yaasiin


ada orang ingat i muuudaaaa dari dia. bestnya!


look at the food....murah betuk rezeki


lagi kueh mueh


   bergambar beramai2 -  a must do everytime we meet!




lauk makan tengahari. ada daging masak itam, ayam masak lemak cili padi, terung berladi, ikan kering, ayam goreng, ikan goreng...macam2 ada


lagi gambar beramai2



sila2 makan


Alhamdulillah kerana sudi meraikan majlis ini! Semoga diberkati dan dirahmati Allah!