Sunday, April 29, 2018

Bz bee

Assalamualaikum 

Sekarang otw to KL. Dhirah tgh drive. Mak duduk depan dari tadi sebelah driver. Abang drive dari rumah ke Gambang. Sampai Gambang tukar drebar. Hehe.. Abang singgah solat. Mak nnt solat di rumah KL sbb boleh jamaq . abang tak boleh.

Hari ini sibuk dari pagi. Itu yg naik2 kereta je terus lelap. Mana taknya.. lepas subuh tadi.. terus ke dapur buat meehoon, diteruskan dengan memblend bawang dan kawan2nya, potong daging utk nak merendang. Mak sebut semalam sedap kalau makan lemang dengan rendang daging.. maka buatlah.. rasa tak tahu camana.. then sambil merendang masak lauk tengahari- ayam kunyit dengan carrot dan kacang panjang. Then sambal telur. Siap semua buat pulak inti karipap dan seterusnya buat karipap. Kemudian siap utk attend hari guru daerah di imtiaz kemaman... balik dari sana mandi solat makan dan gerak ke KL.. kisah ari ini..

Sabtu... pagi breakfast di Hentian Mesra. Balik dari sana, masak nasi tomato dan lauk ayam kari+beriani kot..hentam aje apa ada dlm esbok. Buatkan acar mentah jg. Alhamdulillah laku sampai licin piuk.. Alhamdulillah. Selesai di dapur, seharian lah mengemas bilik jahit yg macam tongkang pecah. Alhamdulillah siap dah.. baru lega nak menjahit. Kemudian sempat jahit 1 pouch dan sekerat jalan kain baju kurung yg nak di pakai pada 2.5 ini di KT

Jumaat..

Alhamdulillah berjaya utk tidak pergi pasar tani. Kami breakfast nasi goreng ikan. Kemudian masak daging dengan petai dan ayam masak kicap since kawan hakim tak makan pedas. 

Siap di dapur melayan deco glass Hakim. Asalnya oscar tu nak buat best dressed dab sebagai award tp cg pkp dan pengetua tak brp suka benda oscar. Fikir nak buat camana, maka terhasillah...


Alhamdulillah abang sampai dari KL jam 6: 15pm

Khamis..

Bestnya .. baru tahu hari selasa sebelum tu bahawa hari khamis cuti birthday sultan. Pukul 5:30pg dpt mesej. Sal ajak pergi walk kat pantai.. bestnya... lepas walk naik buaian. Balik dr pantai masak asam ikan kembung. Then siap nak tengok avengers. Lepas tu ke tmc beli barang dapur. Balik tu makan macam kebulur huhu. Infact kat tmc dhirah dah bukak pringles then makan popcorn yg hakim beli.. mmg makan melampau sebab kelaparan. Petang tu ingat nak deco gelas tp seme fengsan so mak mengadap mesin. Alhamdulillah siap 5 pouches. Malam menyulam lagi..
Macam tak siap2 je keje huhu.


Rabu macam biasa lepas kelas balik je tak kemana. Berjuang nak siapkan pouches hari guru! 


Sekian catatan harian saya!

Tuesday, April 24, 2018

Maya ke JB

Assalamualaikum

Wah tiba2 dah hari selasa.. cepat betul masa berlalu. Macam tak dan kejar nak update blog! Huhu.. kena pulak pinjam laptop Hakim . Kalau dah masuk kat bilik dia laptop, mmglah malas nak gi ambil. Laptop lama pulak macam leceh je nak guna.. huhu




Lega betul rasa bila dah selesai malam amal. Macam kosong otak dan fikiran. Boleh enjoy menyulam. Alhamdulillah !

Hari Sabtu , relax je tak ada buat apa. Pagi breakfast bibik buat nasi lemak. Senangnya maam call dari atas minta tolong masak. Memang kelemauan semenya. Tidur 1:30 pg. bangun lebihkurang 5:30pg. Lepas subuh golek2 atas katil. Rasanya sampai hari ini tidur belum berganti. Rasanya lah sebab asyik mengantuk je..
Hari Sabtu, lunch angah masak kot.. haha.. lupa dah makan apa hari sabtu lepas. Nnt ingat tulis semula.. oh makan sup tulang..Alhamdulillah sedap

Sabtu mmg layan pouchlah sebab abang keletihan asyik terlelap je kot.. hehe. Mana taknya berkejar2 nak balik Kerteh sebab nak join malam amal. Kena pulak tayar kereta angah masuk paku petang tu.. Alhamdulillah selamat sampai. Balik kerteh naik apad, kete angah tinggal di KL

Ahad pagi kami ber5 ke kemaman. Otw kita tinggalkan Hakim kat sekolah sambil bawak doorgifts dan barang2 yg dibawa balik dari Awana. Kemudian terus ke kemaman sebab maya nakrenew lesen memandu. Tak dpt buat sebab masih lebih 10 hari dari tarikh mati. 

Lepas tu kami makan nasi kerabu kambing bakar di Kedai Abe Zee.. Alhamdulillah kenyang!

Lepas makan kami singgah di Pasar Kemaman. Surprisingly murah dari kerteh. Dapat beli kupang@rm8. Clam rm6/kg, sotong ada rm20 ada rm24, kembong rm20. Balik sambung jahit. Maya jadi tukang masak .. boleh tahan steam fish kerapu dan kupang goreng!



Petang tu lps asar, paklang dan angah balik KL. Alhamdulillah tiba around 8:44pm syukur!

Itu kisah hari Sabtu dan Ahad

Hari Isnin, sibuk menjahit pouches untuk hari guru. Pergi kelas fekah pun macam separuh lelap sebab ustadsz cakap mendayu2..salahkan ustadz pulak bila kita yang ngantuk...

Ini kisah hari selasa pulak...

Pagi ke kelas, balik kelas ikut Along hantar Maya...Ingat kan tak payah ikut sebab ingat dia nak pi meet her friends. Balik kelas, tiba2 maya kata, ikutlah..hantar maya, lepas dari airport singgah kt wan pari. Dari KT around 4:45pm dan tiba Kerteh kat sekolah Hakim about 6:18pm. Hakim tak keluar pun dari auditorium lagi...so tunggu jelaa...Then ke MM beli tiket Avengers...


bye bye maya

 makan kat SR kejap..rasa macam mahal semuanya


Rasa macam mahal sangat kat SR sekarang



Lepas solat Isyak, tak dan apa2 dah lelap... hhuhuuu...letih sangat!

Saturday, April 21, 2018

Malam Amal SMKRP Let US Spread The Love

Assalamualaikum

Akhirnya ...selesai sudah malam amal yang dinanti.

Syukur Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Walaupun towards the end macam nak hangin je sebab minta yang pelik2. Adoilaa..sabar je laaa...


Berdebar2 jugaklah rasanya malam semalam. Takut je kerusi tak cukup dan sebagainya. Tp Alhamdulillah semuanya berjalan lancer. Cuma yang tak bestnya Menteri yang dijemput tak sempat hadir. Yang hadir adalah ketua bahagian wanita Senator Dato Rohani.

Maklang duduk meja VVIP lah malam tadi. OK je..Cik Abang ada kat sebelah...Alhamdulillah dia dan anak2 sempat sampai  Kerteh sekitar jam 7:40 pm. Lambat sebab tengahari tu tayar kereta Angah panit sebab terkena paku besar. Gigil juga maklang dengar, ingatkan kot dia orang tak sempat sampai...

Lega sangat dah sekarang. Dah back to my old routine.. dah start duduk kat mesin jait, pagi dan petang. Untuk hari guru...

Bila orang dah balik, kami naik pentas. Macam2 photographer Angah dok suruh mak abah beraksi

  Di luar pintu masuk...penuh photo booth tu


Bersama Jang as cik abang called him, Apparently abang kenal dia sejak anak2 kecik3 lagi hehe..Bila kenalkan abang saya , dia kata ...ohh isteri abang..hehehehe

Cari ajk lain tapi semua dah balik

lagi gambar sekeliga,,,

Ikut jelah apa anak suruh buat.. hehe

Alhamdulillah siap benda ni hari ini dekat 10 biji...lagi 40 kot nak kena jait

Wednesday, April 18, 2018

Pelancaran Gerakan Massa











Assalamualaikum...

Tiba2 2-3  minggu lepas no hp maklang dimasukkan ke grup wassap PIBK . Ingatkan apalah..rupanya adek beradik dengan PIBG juga, Dan mulai dari meeting pertama aritu kami diberi tugas untuk menjayakan majlis hari ini . Alhamdulillah tugas maklang cuma kena buat montaj..apalagi diserahkan tugas pada Hakim dan Along laah hehe..mulanya along masam je muka sebab ingat free kot. Tapi bila cakap ada sedikit upah, barulah buat dgn muka yang senyum sikit,,hehe

Semalam ada raptai yang macam bukan raptai.. duduk je berbual2...hmm..buang masa betul. sampai sana dah dekat pukul 3:00 kot or was it later than that. balik almost 6pm



Tadi pagi berangan nak pergi awal. Tapi Nampak pulak ada email masuk pasal doodgifts McD. Melayan benda tu pulak..jadi lewat semuanya...hhuhu..Alhamdulillah Faizah nak teman ke sana..Alhamdulillah nama I disebut2 je.,,hahaha..kelakar betul rasa.
dr Zul cakap, En Idris bidin sebut sampai 2 kali...adoiilaa...fofular kejap tadi!
 Selepas dah bagi2 sijil , ajak Dato Mat Said bergambar..hehe



bersama Pauziah  NYDP SKRP dan Faizah KSIP SMKRP

ni sewaktu menerima sijil perlantikan sebagai ajk PIBK. ada 14 orang antara 71 orang YDP telah dilantik sebagai penggerak massa

Lepas majlis ada makan2 sikit. Kadang rasa bestnya join ngo..tapi memang lah penat!

Balik dari majlis terus singgah di Rayhar ambik doorgifts dari Rayhar. Penuh boot kereta kecik I. Alhamdulillah. Dapat juga 3 voucher bernilai Rm500 utk potongan ke umrah, tinggalkan kat sekolah...

then balik. Sri dating ke  rumah around 5 lebih nak ajar pasal nak buat eyelet..Tq Sri!


sebab along tak ada maka, kerja ambik hantar Hakim jadi kerja mak jugalaa...huhu


jahit baju konon nak pakai pergi ke dinner, tapi hakim kata cam tak sesuai dengan baju abah, maka mak korek jelah almari, cari baju lama yang jarang di pakai..heh

Friday, April 13, 2018

Balik JB - Abah tak sihat

Assalamualaikum.


Dah berberapa hari maklang tak sempat nak update. Kami tiba di JB about 8:30 pm . Alhamdulillah the trip was smooth.

Kami gerak dari sini lebihkurang pukul 12:01pm. anak2 2 tu sibuk siapkan montaj utk PIBK. Patutlah lambat sangat nak siapnya. Alhamdulillah dah siap dah.

Kami tukar drebar 2 kali. Mula2 maklang, after 2 jam, somewhere dekat2 Muazzam dhirah took over. Takut juga nak berenti mana2. Jalan banyak yang sedang dibetulkan. Banyak tampal2. Agak tak berapa sedap nak bawak kereta. First time jalan sini, drive tanpa ada Abang kat sebelah, takut juga sebab jalan sunyi. Pernah sekali dulu, kami lalu maghrib dengan Alang, tiba2 tayar kereta Alang pecah. Alhamdulillah ada yang bantu. Sejak tu tak berani sangat nak lalu sini. Kami berenti di Macap utk solat dan makan tengahari jam 5 ptg. Alhamdulillah kami tiba dengan selamat selepas singgah di JPO . Konon nak cari selipar tapi tak ada yang berkenan. Akhirnya yang dapat cuma Starbucks 2 gelas.

Sesampai di rumah mak, lepas dah jumpa mak abah, mandi solat and tidur. Alhamdulillah sedap tidur sebab letih sangat.


Jumaat

Lepas Subuh, ingatkan baru nak naik atas tengok mak. Tiba2 dapat mesej dari Alang kata nak bawak abah pergi hospital...Risau juga sebab malam tadi, batuk abah agak teruk macam non stop aja. So maklang naik atas tengok mak and abah. Alang dah siap2 nak bawak abah ke hospital. Memang panggil ambulance sebab susah nak bawak abah turun tangga. Abah nampak lemah sangat. Masa orang ambulance nak angkat abah, tiba2 abah kata...mana Nazarudin ni..mana Nazarudin ni? Sedih nya masa tu... Nanti Nazar balik Bah. InsyaAllah petang ni sampailah nanti...Menangis juga waktu tu...Sedih bila dengar abah cakap macam tu...Ya Allah sihatkanlah Abah kembali...kami tak nak tengok dia sakit....






Thursday, April 12, 2018

Janganlah tamak

Assalamualaikum

Semalam ke kelas Fekah. Lemau betul badan. Macam tak cukup tidur. Mungkin sebab otak pun penat selagi malam amal tak siap lagi.

Hari Selasa ada meeting malam amal. Nak tentukan bayaran tiket, persembahan dan apa2 lagi yang belum selesai.

Petang tu macam dah setel semua bayaran malam amal. Untuk cg sekolah lain yang bantu anak2 murid sekolah dia buat persembahan, maklang dah setuju untuk kenakan bayaran sebanyak RM60 sahaja utk cg2 dan anak2 Rm30/anak, maknanya tak perlu bayar harga penuh tiket yang macam kita jual untuk semua orang. Tapi ada pulak ajk yang tak hadir tak agree. Panjang sungguh dia hantar Wa kat group. Malas nak layan maka maklang iyekan aje lah. Ikutkan je sebab tak kuasa nak nak pening kan kepala..

Betul pagi semalam maklang rasa exhausted sungguh pikir pasal ni. Duduk atas tikar sembahyang lepas Subuh, tiba2 Allah beri ilham. Why not cuba cari duit. Maka maklang letak kat fb, WA kat group kawan2 & kat group family. Alhamdulillah walau tak ramai yang menyahut seruan utk menderma, tapi tiap seorang bagi amount yang banyak. Sekejap aja habis utk 15 anak yatim/anak yatim. Alhamdulillah dapat sponsors sampai dapat banyak juga duit yang akan maklang salurkan ke sekolah yang nak buat persembahan utk malam amal sekolah anak maklang.

Memang kalau kita nakkan sesuatu, jangan nakkan hak orang aje. Kena lah berbahagi. Janganlah tamak. Nescaya Allah akan beri lebih, InsyaAllah

Semalam tengahari macam orang tak ada keje pi menonton Umi Aida- DUKUN.. Ha ha I was so mengantuk that I actually fell asleep dalam kebisingan dalam cinema..Huuhuuu...

Then petang semalam ke RWK. Nak jumpa pihak hotel untuk nak tengok susunan meja, backdrop dan sebagainya... Masa tu lah Angah call kata dia risau Atok macam tak  berapa sihat dan happy. And I think it is time to balik. The last time we balik was about 3 weeks back masa cuti sekolah. Hakim ponteng hari ini dan Ahad . Meeting dengan PIBK terpaksalah tak join. Kena utamakan Ayahanda tercinta...

As of now, anak2 lom siap lagi...entah pukul brapa nak gerak?? Mungkin badan letih jadi belum sampai mood lagi tak gerak. Tapi it will be in a few minutes...InsyaAllah...

Doakan kami selamat sampai ke destinasi...

Tak sabar nak sampai sana..Kalau lah ada private jet...

Wednesday, April 11, 2018

PIBG dan kempen pilihanraya

Assalamualaikum

Cuba nak updet guna iphone. Boleh tak agaknya?

Cuba sekejap semalam tapi memang bila nak masuk gambar keluar Error 404! lambat pulak jadiknya...

Kali ini pakai laptop lama Hakim. Masih boleh guna pun cuma kalau nak buat gambar2 yg dia dok edit tu payah lah sikit, Mak setakat nak update blog masih boleh lagi..Alhamdulillah, Tapi kadang timbul rasa nak beli baru yang sendiri punya kan best. Tak perlu pinjam...Tapi tu lah, harga nya sebelah tangan kot. Demam kejap nak korek tabung. Hehe Lebih sebulan yang dapat dari hasil sulam riben. Rasa macam tak sanggup je. Dengan harga barangan semua dah naik melambung, rasanya, beli apa yan perlu ajalah....tapi hati ku meronta2 nak yang baru.. Meluahkan perasaan kat sini tak ada yang baca kot. So tak apa lah... hahahha...kalau baca pun tak apa, tak ada yang nak bantu pun...huhu

Ini cerita hari Isnin lepas..

Maklang sekarang punyalah menyibuk..sampai susah nak cari masa nak jumpa kawan. Especially belah pagi. Biasanya isnin hingga Khamis memang ada kelas. Tapi maklang macam konfident je sini lepas tak ada kelas. Sebabnya ada dengar ustadz cakap yg dia nak hantar anak2 tahfiz ke Mesir pada senin lepaslah..dengar and piker sendiri sebenarnya hahha,,konfident giler sampai bila kawan kata nak dating rumah kita iyekan sahaja. Tau2 kelas masih ada... so dalam melayan tetamu terasa ruginya ponteng klas tafsir pagi tu...Tapi Alhamdulillah tiba2 kawan mesej ustad kensel klas sebab nak bawa anak yg tak sihat ke klinik...hehe.. Alhamdulillah...


Maka pagi tu melayanlah kawan yang datang untuk nak minta sulam riben kusyen 3 biji dan pouch 4 biji. Alhamdulillah...rezki Allah nak bagi. Tapi rezki takkan masuk kalau tak usaha kan. Ni pun kejap lagi nak menyulam..

Lepas breakfast makan nasi lemak N9 yang kat Paka ( kawan yang bawak), cakap2 pasal riben, maklang terpaksa nak excuse myself sebab nak attend makan besday kawan maklang ida dan nisa. Maka bergerak ke KGRP. Maklang order  mee mamak je sebab itu yang paling cepat. Ok juga rasa dia...Alhamdulillah..

Then ke Kijal, singgah kat Mansion kawan. Melaut besar rumah dia. Alhamdulillah selama ni pandang dari luar je, Senin lepas dapat masuk. Nak tumpang solat je sebelum bertolak ke Kemaman, Ada majlis bermesra dengan MB. Ingatkan PIBG dijemput untuk nak terima duit je, rupanya kena dengar dulu MB berucap berkempen. Ingatkan kena naik pentas sorang2 dapat mock check. Masa menjemput tu lah yang disebut dlm surat, tiba2 sampai sana, yg ambik cek ialah wakil PPD...tu je...hmmm.. hampeh buang masa, tapi masa kempen tu sempat kot lelap mata sekejap. Mengantuk sangat bila dengar orang kempen sebab tak interested. Hhuhuuhuhu...sorry Dato' Sri..

Petang tu sakan juga bergambar dengan sahabat PIBK..hahah..kelakar pakcik2 makcik2 tua ni bergambar.

Petang tu sampai rumah almost 6 or dah pukul 6. Malam memang melepek. Belum pukul 10 gone sudaaaaahh


Semalam. Selasa, Alhamdulillah, Not so busy.. Kelas Arab in  the morning, balik rumah dapat menyulam..petang aje ada meeting PIBG mainly pasal malam amal...Letih jd YDP huhuhu



dapatlah banyak ni menyulam, tidur pun lewat jugak sebab tengok designated survivor hahah..

InsyaAllah hari ini nak mula jahit pouches utk hadiah hari guru, dapat 3-4 bj sehari dah ok sebab nak kena siap 40 biji till hari guru...takut gelabah je nanti...Doakan maklang ye!